September 20, 2024

Perikatan Nasional l(PN) nampaknya telah kehabisan modal bahan kempen pilihanraya negeri.

Naratif yang dibawa kononnya jika parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Madani kalah di enam buah negeri pada 12 Ogos 2023 maka kerajaan pusat akan bertukar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa kempen PN hanyalah bertujuan untuk mengelirukan pengundi.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia mengatakan bagaimana mungkin keputusan pilihanraya untuk memilih wakil rakyat Dewan Undangan Negeri berkait dengan perubahan di peringkat Dewan Rakyat. Penubuhan kerajaan pusat dan negeri jauh perbezaan tatakelolanya.

Tambah DS Azalina, bagaimana dengan negeri yang telah melalui proses pembentukan kerajaan negeri baru-baru ini? Adilkah hanya 6 negeri yang menentukan perubahan kuasa kerajaan pusat?

“Pilihanraya umum negeri adalah untuk memilih pentadbiran kerajaan negeri”.

Momokan UMNO akan keluar dari kerajaan pusat sekiranya kalah di pilihanraya 6 negeri ini juga satu propaganda murahan. Jumlah kerusi yang bersama Kerajaan Perpaduan adalah 148 kerusi daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi di parlimen, UMNO BN hanya ada 30 kerusi sahaja. Jika UMNO BN menarik diri, Kerajaan Perpaduan masih mempunyai 118 kerusi sedangkan untuk menjadi kerajaan pusat, Kerajaan Perpaduan hanya perlu menang 112 kerusi sahaja tegas DS Azalina.

Malah jika dilihat kepada angka kerusi Perikatan Nasional di dalam parlimen, mereka hanya menang 74 kerusi sahaja. Kiralah sendiri berapa banyak lagi kerusi yang PN perlukan? Sedangkan Sabah dan Sarawak telah membuat akujanji untuk menyokong Kerajaan Madani ini ujar DS Azalina.

Rakyat sudah muak dan mual dengan parti politik yang asyik berpolitik sepanjang masa dan bukannya menumpukan kepada kebajikan rakyat dan kemakmuran negara kata DS Azalina lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *