September 20, 2024

Kuala Lumpur: Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden tembakan rambang di Quay Street, Auckland, New Zealand, hari ini.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden berkenaan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington beralamat di 10 Washington Avenue Brooklyn, PO Box 9422, Wellington atau hubungi talian telefon +64-4-3852439 atau +64-210440188 (untuk kecemasan) selain emel di mwwellington@kln.gov.my

“Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. 

Menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah melepaskan tembakan rambang yang setakat ini meragut dua nyawa dan mencederakan enam individu lain. 

Penembak rambang itu pula dilaporkan mati di lokasi kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *