September 20, 2024

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata beliau bimbang jika urusan syarikat tidak berjalan dengan lancar jika menyerahkan tanggungjawab kepada anak-anak untuk menguruskannya.

Memetik mStar Online, masih dilihat kuat bekerja Yusof berkata dia perlu mengambil kira banyak faktor sebelum menyerahkan syarikatnya itu apatah lagi industri perfileman kini sangat mencabar.

Tambahnya lagi, Yusof berkata beliau yang menjaga pentadbiran syarikatnya dan disebabkan itu sehingga kini beliau masih kekal menguruskan syarikat.

“Kalau saya tinggalkan syarikat ini kepada mereka (anak-anak) saya bimbang kalau syarikat tidak boleh bergerak dengan lancar.

“Sebab kena ingat dalam pembikinan filem ini bukan sahaja untuk hasilkan filem atau berkarya sahaja tetapi perlu jaga soal bajet, soal pergerakan syarikat itu sebenarnya penting.

“Bukan semata-mata keluarkan filem dan berkarya kita perlu ada pelan sokongan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *