November 22, 2024

Menurut sumber, terdapat seperti berlakunya kebocoran maklumat awal (first hand info) dari mesyuarat lembaga pengarah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di mana wakil rakyat Kuala Berang, Dr Mamad Puteh adalah salah seorang lembaga pengarahnya ketika itu dan beliau juga adalah wakil rakyat di kawasan tersebut.

Jika diperhatikan proses pembelian tanah tersebut juga seperti tergesa-gesa. Tertera di carian geran tanah lot tersebut masa berlakunya iaitu seawal jam 8.18 pagi (lot 50136) dan pada jam 8.27 pagi (lot 50137). Keduanya berlaku pada tarikh yang sama iaitu pada 15 Oktober 2019.

Pembeli kepada 2 lot berkenaan adalah isteri kepada wakil rakyat Pas, Nor Aini Mohamed.

Pihak berkuasa boleh juga menyiasat dari sudut iklan penjualan yang dikeluarkan. Kenapa iklan dikeluarkan di ‘facebook’ yang bukan laman rasmi PMINT dan apakah iklan dikeluarkan di media perdana? Pihak PMINT perlu dedahkan di akhbar mana iklan dikeluarkan mengikut garis panduan perundangan kerajaan negeri Terengganu sesuai dengan keabsahan pengiklanan harta milik kerajaan.

Iklan di ‘facebook’ milik “Jualan Hartanah PMINT” pada 19 Oktober 2019 tetapi pembelian berlaku pada 15 Oktober 2019. Kenapa pembelian berlaku sebelum iklan dikeluarkan? Adakah pengiklanan melalui ‘facebook’ mengikut garis peraturan kerajaan negeri?

Dr Mamad Puteh sebagai adun Pas dan ahli lembaga pengarah PMINT terbukti berada di dalam mesyuarat yang memutuskan penjualan aset milik kerajaan negeri dan memahami tentang Akta Rahsia Rasmi di mana hasil atau keputusan mesyuarat pada dasarnya adalah sulit.

Menariknya, bukan dua lot tanah yang berjaya dibeli oleh  isteri Adun Pas Kuala Berang tetapi kesemua lot(3 lot). Lot tersebut diperolehi pada 4 Jun 2020 bernombor 50138. Tidak sampai setahun dari tarikh pembelian 2 lot seperti yang dijelaskan sebelum ini.

Lot terakhir yang dibeli oleh isteri wakil rakyat Pas adalah lot yang lebih besar dari sebelumnya.

Keraguan pemerolehan harta milik kerajaan oleh isteri kepada wakil rakyat ini perlu disiasat dengan telus dan segera.

Sumber : AwokKiter Channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *