December 18, 2024

Kuala Lumpur: Kenyataan yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setiaterhadap mana-mana raja, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Justeru, katanya pertuduhan yang dihadapi Muhammad Sanusi tiada kaitan dengan kerajaan.

Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook, di sini hari ini sebagai membalas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu di media semalam, kononnya pertuduhan ke atasnya petunjuk kerajaan dalam ketakutan.

Semalam, Muhammad Sanusi, 48, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *