November 17, 2024

Wujudkah unsur rasuah dan salah guna kuasa?

Seminggu dua ini apabila bercakap soal politik Terengganu, isu hangat yang sentiasa meniti di bibir rakyat adalah isu yang berkait dengan tanah apabila banyak pembongkaran berkait pengambilan dan pembelian tanah oleh Pas atau yang berkait dengan Pas di Terengganu menimbulkan keraguan.

Yang terkini isu berkait perolehan tanah secara misteri oleh isteri wakil rakyat PAS Kuala Berang. Tanah yang dimaksudkan adalah Lot 50136, Lot 50137 dan Lot 50138. Ketiga-tiga lot tanah berkenaan terletak di Bandar Kuala Berang yang dahulunya milik PMINT.

Untuk rekod Adun Pas Kuala Berang merupakan ahli lembaga pengarah PMINT. Sebagai ahli lembaga pengarah, beliau adalah individu yang ada dalam setiap mesyuarat PMINT. Maka beliau mempunyai akses ‘first hand’ berhubung setiap agenda pembangunan dan juga yang bersifat maklumat sulit. 

Jika diperhatikan dengan teliti laporan yang dikeluarkan oleh Terengganu Coverage jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan tarikh iklan dan tarikh pembelian tanah tersebut. (Rujuk Di sini).

Untuk makluman biasanya minit mesyuarat board tidak boleh dibawa keluar kerana ianya terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Persoalan yang menjadi “MISTERI” adalah bagaimana pembelian tanah dibuat dahulu kemudiannya barulah iklan penjualan tanah dibuat?

Bersambung… Part 2.

Sumber : Malaysia-hot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *