September 20, 2024

Menurut sumber bilik gerakan, Pas Terengganu bakal menggantikan Dr Samsuri sebagai Menteri Besar sekiranya mereka menang pada pilihanraya negeri kelak.

Tambah sumber, ini berikutan terlalu banyak isu terutama melibatkan penjualan tanah milik kerajaan kepada entiti Pas termasuk tanah yang sepatutnya menjadi tapak bangunan Mahkamah Syariah Negeri Terengganu.

Tanah tersebut pada peringkat awalnya ketika Hadi Awang menjadi Menteri Besar Pas telah dijual kepada sebuah koperasi milik Pas dengan harga hanya RM340,000.

Apabila BN menjadi kerajaan negeri pada pilihanraya berikutnya, kerajaan mengambil semula tanah tersebut tetapi terpaksa membayarnya dengan harga RM8.06 juta.

Kerajaan BN mengambil keputusan tersebut kerana tanah tersebut adalah untuk kepentingan awam dan tidak wajar dijual kepada sesiapa termasuk entiti milik parti politik.

Jelas sumber, Pas Terengganu dikatakan akan membina kompleks pentadbiran PAS Terengganu di atas tanah tersebut maka apabila Pas menang lagi sekali pilihanraya umum ke-14, lagi sekali kerajaan Pas menjualnya dan kali ini kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Pas Terengganu dan sekali lagi Kerajaan pimpinan Pas menjualnya dengan harga yang teramat rendah iaitu RM500,000 sedangkan nilai pasaran hari ini tanah tersebut adalah hampir RM30juta.

SPRM dikatakan telah menjalankan siasatan dan telah menyerahkannya kepada pejabat Peguam Negara.

Oleh kerana skandal ini maka 3 nama disebut-sebut sebagai ganti Samsuri. Mereka ialah Dr azman, Ustaz Mat Nor dan Satiful.

Poster boy? Pas akan guna gambar Dr Samsuri. Itu jawapan sumber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *