December 18, 2024

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui ada membaca komen daripada netizen yang mengaitkan perniagaan bantal zikir yang diusahakan dengan penampilan teman wanitanya yang ‘free hair’.

Memetik Oh Bulan, Sufian mengakui tentang perkara itu serta menerima komen secara terbuka namun penyanyi itu berkata niatnya menjalankan perniagaan itu kerana mahu menyampaikan dakwah.

“Apa yang saya buat daripada segi perniagaan itu saya cuma mahu berkongsi kebaikan melalui zikir dan selawat. Itu perjuangan saya untuk berdakwah dan dalam masa sama mencuba sesuatu yang baru.

“Saya tahu ada orang yang kaitkan perniagaan dan penampilan dia (kekasih). Netizen kaitkan penampilan pasangan saya dengan perniagaan itu memang ada benarnya. Saya ambil maklum dan reflect dengan komen yang diberi.

“Saya terima nasihat dan teguran orang ramai yang ada betul dan adakala kurang tepat. Yang betul saya ambil yang tidak betul saya tolak,” katanya.

Dalam pada itu, Sufian berkata dia sudah menjadi asam garam kehidupan sebagai selebriti untuk berdepan dengan kritikan daripada netizen.

“Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik. Supaya dapat menggenggam bahagia dan baik-baik sahaja. Itulah kehidupan sebagai selebriti, segalanya boleh jadi asbab kebaikan untuk saya, saya okay sahaja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *