October 17, 2024

Calon parlimen PAS bagi kerusi Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen yang dimenanginya pada pilihanraya umum ke-15 yang lalu. Adakah calon PAS Terengganu itu mengaku melakukan rasuah kepada pengundi di parlimen tersebut?

Peguam Wan Rohimi Wan Daud, yang mewakili Ahmad Amzad Hashim, calon Pas bagi Parlimen Kuala Terengganu sewaktu pilihan raya umum yang lepas memaklumkan perkara tersebut dan keputusan itu disahkan oleh Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pas Pusat.

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dilaporkan berkata pihak pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Timbul persoalan, adakah calon PAS, Ahmad Amzad Hashim tidak dikenakan sebarang hukuman? Jika dilihat di dalam laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) wujud seksyen bagi pemberi rasuah:-

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009

  • DENDA : Tidak lebih RM100,000
  • PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *