December 18, 2024

Usahawan dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mengumumkan sudah bernikah dengan jejaka dikenali sebagai Essam Muhammad, baru-baru ini.

Melalui hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, 43, menjelaskan majlis pernikahan dibuat secara tertutup dan dihadiri keluarga serta teman rapat, pada suku kedua tahun ini.

“Bismillahirahmanirahim. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah dan syukur ke hadrat Allah kerana dengan restunya, saya ingin mengumumkan sudah bernikah pada suku kedua tahun ini dengan suami tercinta, Essam Muhammad pada satu majlis tertutup dihadiri keluarga dan teman rapat.

“Allah adalah sebaik-baik perancang dan menulis kisah kehidupan kami dengan begitu cantik sekali.

“Alhamdulillah,’dengan restu kedua orang tua, kami berjaya melengkapi antara satu sama lain,” tulisnya.

Bekas isteri kepada penyanyi, Noh Salleh ini memberitahu dia dan suami mempunyai misi yang sama iaitu mahu berdakwah.

“Kami dedikasikan kehidupan ini ke jalan dakwah. Kami juga berkongsi impian dan aspirasi yang sama dan teruja untuk menjalani kehidupan baru kami ini bersama.

“Apa sahaja matlamat atau usaha kami dalam segala kerja yang dilakukan di buat atas rasa percaya dan kerana Allah.

“Kami juga mengerti perkahwinan adalah untuk mencambahkan rasa cinta, mencari ketenangan dan mengharap belas ihsan dalam mencari keredaan Allah supaya kami dapat melangkah ke alam syurga bersama-sama.

“Moga Allah sentiasa melindungi perjalanan kami,” katanya.

MIzz Nina mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh pada 2 Julai 2011, tetapi, bercerai pada Ogos tahun lalu.

Mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *