September 20, 2024

Ingatkan apabila menjadi ahli Pas yang kononnya berlabel parti politik islamik maka Annuar Musa akan berubah 360 darjah dan menjadi manusia yang tidak munafik. Rupanya Annuar membuktikan dan menunjukkan itulah acuan pemimpin Pas yang sebenar apabila berhadapan dengan pengikut mereka.

Pemimpin Pas sememangnya terkenal dengan berbohong ketika berceramah. Menipu apabila berjanji dan setiap ucapan mereka hanyalah retorik demi penyedap halwa telinga sahaja.

Annuar Musa ketika berceramah di hadapan penyokong Perikatan Nasional di Seremban berkata bahawa keputusan BN meletak calon di pilihanraya kecil parlimen Tanjung Piai pada November 2019 adalah kerana ketegasan Presiden Pas, Hadi Awang yang inginkan calon berbangsa cina (MCA) menjadi calon Barisan Nasional dan Annuar Musa memfitnah Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya telah meletakkan calon dari UMNO.

Sejak bila calon BN di Malaysia termasuk di Johor datangnya dari cadangan wakil Pas?

Sejak bila pula Pas begitu kuat pengaruhnya di Johor?

Annuar Musa ingin menipu dan bermuslihat apa di hadapan penyokong PN berhubung pilihanraya kecil parlimen Tanjung Piai?

Malah paling memalukan sejak bila Annuar Musa sebagai Pengarah dan penyelaras pilihanraya di pilihanraya tersebut.

Tercari-cari juga gambar Annuar Musa di malam pengumuman kemenangan calon BN, tidak nampak dan tidak ada sekeping pun gambar yang menunjukkan Annuar Musa berada di pentas meraikan calon BN dari MCA yang menang besar itu.

“Dewan itu dipenuhi penyokong BN dan barisan pimpinan termasuk Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin dan Ketua Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohamad.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Ribuan penyokong BN turut membanjiri perkarangan luar pusat penjumlahan undi bagi meraikan kemenangan parti itu pada PRK berkenaan.”

Petikan dari akhbar arus perdana, Berita Harian seperti yang tertera di atas tidak menyatakan sama sekali nama dan kelibat Annuar Musa.

Nampaknya sesuai sangat Annuar Musa menyertai Pas, spesis suka berbohong.

Untuk rekod, calon MCA yang menang tersebut adalah Jack Seng. Beliau telah dua penggal menjadi wakil rakyat parlimen Tanjung Piai sebelum tewas pada PRU14. Tiada rekod kemenangan Pas sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *