UMNO-BN kekal sebagai sebuah parti yang kekal berprinsip dan tidak pernah menggadaikan prinsip demi keuntungan politik.
Musuh UMNO-BN termasuk ‘anak seluang’, ‘kuda trojan’ dan barua mahacai politik tidak pernah berehat bagi memastikan UMNO di bawah kepimpinan Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gagal dengan terus mendapat kecaman dari ahli parti sendiri. Namun apa yang berlaku adalah di sebaliknya.
Tindakan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berjaya mengekang UMNO-BN dari terus dirosakkan oleh kumpulan yang ingin menjadikan UMNO-BN sebagai tawanan politik kepada Perikatan Nasional(PN). Hasrat PN untuk menguburkan UMNO-BN tidak kesampaian. Usaha jahat ini bermula sejak Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan disambung pula ketika Ismail Sabri mengambil alih jawatan. Berapa kali Ismail Sabri cuba ‘merampas’ jawatan Presiden UMNO dengan cara mudah dan kotor? Malah paling memalukan Ismail Sabri dikatakan menjadi barua Muhyiddin bagi menimbulkan kekeliruan perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO sebaik sahaja pilihanraya umum ke-15?
Tidak terhenti di situ sahaja, usaha untuk melemahkan UMNO-BN makin giat berjalan dengan membina naratif bahawa UMNO-BN sudah tunduk kepada Dap di dalam Kerajaan Perpaduan/Madani.
Persepsi jahat bahawa Presiden UMNO sejak sebelum piliharaya umum ke-15 lagi merancang untuk bersama Dap dan Pkr dimainkan supaya ahli UMNO berbalah sesama sendiri sedangkan sejak dari awal malah Presiden UMNO sendiri menegaskan di dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum pilihanraya umum ke-15 bahawa “No Anwar, No Dap dan No PPBM”. Fakta ini tidak boleh diputarbelitkan kerana bukti ucapan Dato Seri Presiden ada di seluruh platform medium media termasuk media sosial.
UMNO-BN sendiri dengan secara terbuka berlapang dada sanggup untuk menjadi pembangkang yang berwibawa kerana akur dengan penolakan pengundi.
YDPA juga memilih untuk mencadangkan agar Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional bergabung untuk membentuk kerajaan perpaduan tetapi PN menolak kerana bukan dari mereka calon Perdana Menteri.
Rundingan dan cadangan berlangsung selama 5 hari dan akhirnya UMNO-BN akur dengan harapan istana untuk bersama membina negara yang agak celaru dengan mainan politik yang semakin tidak matang dan membelakangi rakyat.
Kerjasama dengan DAP dijadikan alat propaganda untuk melemahkan UMNO-BN sedangkan PN sepatutnya malu kerana mereka adalah rakan kongsi DAP sejak sekian lama sebelum pilihanraya umum dan UMNO-BN adalah rakan kerja selepas keputusan pilihanraya umum demi kestabilan negara.
Presiden UMNO selalu menegaskan bahawa keputusan bersama PH di dalam pembentukan Kerajaan Madani adalah keputusan konsensus pertimbangan antara kesan mudarat kecil berbanding mudarat besar.
Admin: Kadang-kadang kita perlu membuat sesuatu yang kurang sempurna untuk elak dari sesuatu yang jauh lebih mudarat.
Anda boleh menilai sendiri parti politik mana yang mudah menggadaikan prinsip perjuangan demi survival parti dan siapakah pemimpin parti yang mudah ‘dibeli’.