December 18, 2024

Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ dan seorang pegawai SPRM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini atas dua pertuduhan rasuah yang melibatkan dakwaan dorongan untuk tidak menahan anak bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

‘Datuk Roy’ yang nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir – dan Mohd Rasyidi Mohd Said membuat pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap pertuduhan bersama yang menyebut anak kepada pengerusi PN, Fakhri Yassin Mahiaddin.

Satu pertuduhan didakwa meminta RM400,000 manakala pertuduhan kedua disebut menerima RM240,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dua restoran berasingan di Kuala Lumpur antara 5 dan 6 Mac awal tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *