December 18, 2024

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dan barat Sabah serta kawasan perairannya pada Rabu sehingga 31 Mei depan.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, ia berdasarkan analisis model-model cuaca mendapati tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan oleh Taufan Mawar.

Related video: Malaysia mahu terus kerjasama dengan AS dalam tenaga boleh diperbaharui (Dailymotion)

“Taufan Mawar ketika ini berada di barat lautan Pasifik dan dijangka bergerak ke arah barat laut menuju ke utara Filipina.

“Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dan barat Sabah serta kawasan perairannya pada 24 hingga 31 Mei depan,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia juga memaklumkan keadaan angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan, Phuket dan Selat Melaka Utara bermula 26 Mei hingga 1 Jun.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *