December 18, 2024
Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menerima laporan ujian yang dilakukan, dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menerima laporan ujian yang dilakukan, dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Saya telah menerima laporan ujian PCR yang menunjukkan saya positif Covid-19, namun memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri sejak 6 Februari, kami akan meneruskan home surveillance order (HSO) dan melakukan yang terbaik bagi melindungi Safiyah (anak) daripada terkena jangkitan.

“Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot atau sendi), alhamdulillah kami dalam keadaan baik,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.

Nurul Izzah berkata, berdepan Covid-19 ternyata bukanlah situasi yang mudah untuk dilalui.

“Ia mengimbau memori ketika saya mengalami demam denggi, walaupun tidak begitu teruk untuk dibandingkan.

“Ternyata, amat penting untuk kita terus dilindungi menerusi vaksinasi. Syukur, kita semua telah berjaya melengkapkan dos vaksinasi dan saya berharap agar kesemua kita dapat diberikan tahap perlindungan yang sama, insya-Allah,” kata Nurul Izzah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *