September 20, 2024

Sejak kebelakangan ini nama pelakon Fathia Latiff menjadi bualan apabila wajahnya kelihatan berbeza sangat daripada sebelum ini.

Malah, pelakon itu juga dilihat aktif memuat naik gambar di media sosial untuk tatapan peminatnya.

Terbaru, foto dikongsikan Fathia menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama rakannya di sebuah restoran mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Namun, penampilannya tertanya mengejutkan apabila rambutnya sedikit kelihatan di sebalik tudung yang dipakainya itu.

Sementara itu, diruangan komen ada netizen mengatakan rambut pelakon itu sudah mula terkeluar dan ada yang rindukan Fathia yang dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *