September 20, 2024

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut kerajaan memberi penjelasan susulan penarikan semula rayuan kes berkaitan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz menegaskan, ini kerana keputusan tersebut melibatkan kepentingan awam selain menimbulkan pertikaian berkaitan isu sensitif agama.

“Keputusan yang dibuat adalah sesuatu yang besar dan ABIM memohon penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung perkara ini.

“Memandangkan proses mahkamah belum berakhir, sewajarnya isu ini diserahkan kepada peringkat mahkamah tertinggi dalam negara untuk dimuktamadkan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sebagai rekod pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama itu di samping tiga perkataan lain termasuk Baitullah, Kaabah dan solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *