December 18, 2024

Gempa bumi di Turki telah menghancurkan banyak bangunan dan mengorbankan banyak nyawa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria ini mungkin telah mengorbankan sehingga 20,000 nyawa.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian umum dan meninggalkan persoalan misteri dikalangan masyarakat dunia adalah kelakuan aneh beberapa jenis haiwan sebelum kejadian gempa bumi tersebut.


Di dalam beberapa video yang tular di media sosial, dilaporkan bahawa segerompolan burung ditemui terbang tanpa arah tujuan beberapa saat sebelum gempa bumi menggegarkan bumi Turki.

“Di Turki, tingkah laku aneh diperhatikan pada burung sebelum gempa bumi,” tulis akaun Twitter OsintTV sebelum kejadian gempa kuat dengan magnitud 7.8 sekitar jam 4.00 pagi waktu tempatan.

Kemudian pada 1.24 tengahari, Turki sekali lagi digegarkan oleh satu lagi gempa bumi besar dengan magnitud 7.5.

Selain burung, sebuah lagi video yang tular menunjukkan seekor anjing di Turki melolong agak kuat beberapa saat sebelum gempa bumi besar di Turki sehingga membuatkan sebahagian orang merasa hairan dengan tingkah laku tersebut.

Sebahagian netizen merasakan bahawa ia adalah sebahagian daripada amaran kepada manusia bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku dan tidak lama selepas itu, gempa bumi berlaku di Turki.

“Anjing ini di Turki sebelum Gempa Besar… cuba memberi amaran kepada mereka tentang bahaya yang akan berlaku,” tulis akaun Twitter UnboundFenris. “Sebelum gempa bumi bergegar. Mereka (anjing) adalah hadiah kepada manusia dan kita harus lebih menghargai mereka,” tulisnya dalam video tular itu.

Untuk rekod, mayat mereka yang terkorban dalam gempa bumi di selatan Turki itu telah ditinggalkan di jalan sementara usaha mencari dan menyelamat diteruskan oleh pasukan penyelamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *