September 20, 2024

KITA tahu Khairy Jamaluddin (KJ) berdendam dengan UMNO apabila beliau dibuang dari parti itu. Oleh itu, kenyataan yang KJ keluarkan dilihat tidak ikhlas dan berbaur hasad. Baru-baru ini KJ berkata Umno kini sudah menjadi pengemis politik dan parti itu diibaratkan “hidup segan mati tak mahu”.

Hakikatnya kita tahu KJ kehilangan arah dalam politik. Setiap langkah beliau terdedah pada kecaman memandangkan tindak tanduk beliau ketika berada dalam UMNO pun sentiasa tidak sehaluan dengan presiden dan MKT.

Bekas ahli Parlimen Rembau itu berkata, masa depan Umno sangat malap selepas kehilangan sokongan Melayu yang merupakan tunjang kekuatan parti itu dan perlu bergantung kepada ihsan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk kekal hidup.

Katanya, dengan kepimpinan sedia ada, parti Melayu itu akan terus hidup tetapi tidak secara segar dan bermaruah.

“Dia (Umno) juga tidak mati, tapi jadi parti yang sangat lemah dan mungkin kekal jadi pilihan ketiga orang Melayu,” katanya dalam temu bual bersama saluran berita Singapura, Mediacorp.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas menteri kesihatan, melihat Umno sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) dan usaha sama yang terjalin antara kedua-dua pihak itu akan menjejaskan lagi sokongan Melayu terhadap parti terbabit.

Katanya, situasi ini akan memanfaatkan Perikatan Nasional (PN) yang mana ramai dalam kalangan penyokong dan pengundi Umno akan beralih ke gabungan parti politik baru tersebut.

Related video: Terima kasih PM, kata Azam selepas kontrak dilanjut (Dailymotion)

“Persoalan besar adalah sama ada pengundi Umno nak bagi (undi) kepada Umno-PH atau PN.
“Saya rasa kini 50% daripada pengundi Umno akan beri sokongan kepada PN, mereka tak sanggup bagi kepada Umno atau PH,” katanya.

Mengulas mengenai jangkaan pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Khairy menjangkakan Umno atau PH sukar untuk meraih keputusan baik di negeri-negeri yang sedang ditadbir PAS-PN.

Katanya, perhatian utama pada PRN kali ini ialah untuk melihat sejauh mana pengaruh PN akan berkembang di negeri yang ditadbir PH.

“Dan inilah yang disebutkan gelombang, bukan gelombang hijau tetapi gelombang PN.

“Yang menarik ialah sejauh mana PN dapat meneruskan gelombang tersebut ke Selangor.

“Jika mereka berjaya kembangkan pengaruh dan sokongan mereka di Selangor, maksudnya mereka bukan lagi parti semata-mata di kubu kuat Melayu,” tambah beliau.

Apa pun kenyataan KJ, rakyat tahu cita-cita sebenar beliau untuk jadi Perdana Menteri masih lagi belum berkubur. Dia akan lakukan apa sahaja, pijak siapa saja asalkan tercapai impiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *