November 16, 2024

BANYAK sisi boleh diambil pengajaran melalui filem “Anwar: The Untold Story”.

Jika peminat atau penyokong Anwar, mereka menonton filem tersebut untuk mengetahui apa yang belum pernah dipaparkan sebelum ini di dalam kes yang membabitkan Perdana Menteri ke-10 sehingga membuatnya dipenjarakan.

Sebaliknya bagi individu atau kumpulan yang tidak boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri atau pemimpin, mereka akan menggunakan pelbagai sudut untuk batuan kepentingan politik termasuk menjadikannya bahan serangan terhadap mereka yang berada di sekeliling Anwar. Siapa sahaja yang hadir untuk menonton filem tersebut akan dikritik bagi menimbulkan persepsi yang tidak baik. Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga turut menjadi sasaran kumpulan pencacai ini.

Filem ini sekadar pendedahan dari sudut peristiwa yang tidak pernah diketahui oleh rakyat, kenapa perlu koyak dan panas?

Anwar pastinya bersetuju dengan penerbit dan pengarah filem tersebut setelah meneliti skrip dan jalan cerita. Bukan sebuah garapan rekaan.

Pemimpin politik termasuk anggota kabinet kerajaan yang hadir juga sebagai tanda sokongan dan pendorong semangat kepada Anwar sebagai Perdana Menteri yang menguruskan negara di zaman yang sukar peninggalan dari tiga perdana menteri yang sebelumnya.

Adakah satu perbuatan salah datang untuk melihat sendiri sisi yang tersembunyi bagi perjalanan politik Anwar termasuk kes yang dihadapi beliau?

Sempit pemikiran pencacai Annuar Musa. Jangan terlalu ghairah menyerang membabi buta kerana skandal Annuar Musa bersama wang tunai puluhan juta ringgit di bilik tidur Muhyiddin sudah terpacul pengakuannya dari mulut Annuar Musa sendiri.

Video Annuar mengaku masuk ke bilik tidur Muhyiddin tersebut bukannya satu drama atau filem fiksyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *