October 17, 2024

UMNO-BN Melaka hari ini telah membuktikan kepada Kerajaan Pusat bahawa pentingnya hubungan selari antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Hari ini upacara angkat sumpah sepuluh exco baharu kerajaan negeri Melaka telah selamat disempurnakan.

Tiga muka baharu termasuk seorang daripada Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan Melaka, hari ini, manakala dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada barisan Exco sebelum ini, digugurkan.

ADUN Kesidang Seah Shoo Chin yang menjadi wakil tunggal PH dan dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Senarai lengkap:-
YAB DATUK SERI AB RAUF YUSOH
KETUA MENTERI
EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET

YB DATUK RAIS BIN DATUK WIRA YASIN
EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana

YB DATUK ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya

YB DR. MUHAMAD AKMAL BIN SALEH
EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan

YB TUAN FAIRUL NIZAM BIN ROSLAN
EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital

YB DATUK HAJAH KALSOM BIN NORDIN
EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti

YB TUAN P. SHANMUGAM A/L PITCHAY
EXCO Belia, Sukan dan NGO

YB TUAN NGWE HEE SEM
EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan

YB DATUK HAMEED BIN MYTHEEN KUNJU BASHEER
EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan

YB TUAN SEAH SHOO SHIN
EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

YB DATUK RAHMAD BIN MARIMAN
EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama

Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan mungkin menyusul dalam membentuk Kerajaan Madani selepas pilihanraya negeri kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *