November 23, 2024

Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali menerima tamparan hebat apabila kesemua pegawainya tewas di dalam pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026.

Ada juga pegawai beliau yang gagal mempertahankan jawatan yang selama ini disandang.

Menurut penganalis politik tempatan, antara faktor utama yang menyumbang kepada kekalahan mereka adalah kerana kedudukan Sulaiman yang dikatakan sudah menyerahkan surat niat perletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-12 sejak dua bulan yang lalu kepada Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sulaiman sendiri menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Masjid Tanah kerana kesepakatan ahli UMNO Masjid Tanah sebulat suara bersetuju bahawa jawatan Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib tidak dipertandingkan.

Di peringkat cawangan, Sulaiman juga telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Cawangan.

Ini adalah keputusan yang melibatkan pegawai Sulaiman:

  1. Datuk Hj Ahyad Abdullah, merupakan Setiausaha khas Ketua Menteri – tewas di dalam pemilihan peringkat Ajk Bahagian Tangga Batu.
  2. Datuk Roslan Haji Ahmad – berjawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Bahagian Jasin.
  3. Datuk Ghafar Misdar, Setiausaha Khas Ketua Menteri, tewas bagi jawatan Naib Ketua Bahagian Alor Gajah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *