December 19, 2024

MUSUH UMNO terutama dari blok pembangkang nampaknya menggunakan apa juga peluang yang ada demi untuk “menebuk atap” kerajaan perpaduan termasuk menyibukkan diri dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang lalu.

Maka benarlah pengakuan presiden Pas bahawa mereka(Perikatan Nasional)cukup yakin akan merampas kuasa dari kerajaan yang memerintah ketika ini.

Rupa-rupanya perancangan dan keyakinan Hadi Awang berpaksikan tatakelola keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini yang mana telah menambah usul bahawa tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Melihat kepada kesungguhan YB Takiyuddin di sidang parlimen menyerang Menteri Dalam Negeri, YB Saifuddin Nasution dengan soalan tentang “kuasa Menteri Dalam Negeri” jelas menunjukkan Takiyuddin amat berhati-hati menggunakan satu surat yang beliau juga tidak mempunyai kepastian dan keyakinan bahawa surat tersebut adalah asli atau tulin dari RoS.

Bagaimana Takiyuddin yang juga berlatarbelakangkan pengamal undang-undang dilihat tidak cermat menggunakan ruang yang diberikan oleh speaker. Pembaziran masa ahli parlimen berlaku begitu sahaja dengan isu yang mempunyai niat jahat politik dan bukannya membawa isu rakyat di kawasan beliau yang rata-ratanya miskin di negeri Kelantan. Apalagi dengan masalah air yang terlalu kotor dan tidak berkesudahan sehingga saat Takiyuddin berdiri membahaskan isu surat yang tidak jelas dari mana beliau perolehi.

Keghairahan Takiyuddin menyerang Menteri Dalam Negeri dan keabsahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 memakan diri sendiri kerana Dato Seri Saifuddin Nasution menggunakan kuasanya sebagai menteri selari dengan kehendak majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada hari tersebut yang bersetuju agar kedua jawatan tertinggi tersebut tidak dipertandingkan.

Sebagai seorang pengamal undang-undang, Takiyuddin bukan sahaja memalukan dirinya sendiri tetapi juga memalukan parti politik yang beliau wakili. Ketika Perikatan Nasional sedang bergelut dengan krisis skandal rasuah mega Janawibawa, cara terbaik adalah bukan dengan menyerang menggunakan bukti palsu untuk merampas kuasa tetapi mengambil jalan redha dengan ketentuan Allah bahawa ada kelompok daripada Perikatan Nasional yang melakukan rompakan wang rakyat berskala besar.

Melindungi pengamal rasuah bukan jalan terbaik untuk membersihkan parti dari palitan perbuatan keji ini.

Takiyuddin, geng proksi Muhyiddin dan geng broker sepatutnya tidak mempersoalkan kuasa prerogatif Menteri Dalam Negeri; “Menteri KDN mempunyai kuasa memberi pengecualian daripada pematuhan kepada Seksyen 13(1)(c)(14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832)”.

Gelojoh tidak bertempat. Rakyat di Johor sedang menderita diuji dengan banjir, Perikatan Nasional lebih sibuk mencari glamor menghantar bantuan ke Syria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *