December 18, 2024

Bukan senang untuk UMNO dan BN memiliki peluang keemasan selepas kalah teruk di pilihanraya umum ke 14.

Tidak ada seorang pun pernah terfikir bahawa akhirnya sebelum pilihanraya ke 15, pemimpin UMNO di lantik menjadi Perdana Menteri.

Bukan senang untuk UMNO dan BN memiliki peluang keemasan selepas kalah teruk di pilihanraya umum ke 14.

Tidak ada seorang pun pernah terfikir bahawa akhirnya sebelum pilihanraya ke 15, pemimpin UMNO di lantik menjadi Perdana Menteri.

Uniknya, perlantikan tersebut adalah melalui persetujuan dari ahli parlimen UMNO, PPBM, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan juga ahli parlimen yang lainnya.

Mandat majoriti ahli parlimen berserta dengan nama calon tunggal yang dicadangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO, akhirnya Dato Seri Ismail Sabri dilantik ke jawatan tersebut. Dan semestinya ianya turut mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong.

Ini semua berikutan Muhyiddin Yassin terpaksa berundur akibat kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen.

Perlantikan ini juga banyak membantu menaikkan nama UMNO dan BN di saat ramai pemimpin UMNO dihadap ke mahkamah dengan pelbagai kes termasuk Presiden UMNO sendiri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa dengan 47 kes termasuk rasuah dan pengubahan wang haram.

Begitu juga dengan bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak, telah didapati bersalah dan sedang dalam rayuan berhubung kes SRC International.

Kes-kes tersebut sedikit sebanyak mencalarkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan BN dan pihak musuh hampir setiap hari menjadikannya modal untuk menyerang kredibiliti serta integriti UMNO BN dan juga pemimpinnya.

Penganalis politik berpandangan bahawa UMNO dan BN akan melalui jalan sukar sekiranya tidak dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa parti tersebut bersedia melakukan perubahan yang sepatutnya. Walaupun masih di peringkat perbicaraan, namun sebelum ini UMNO telah membuat keputusan melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (Najib sebagai pengerusi mesyuarat) bahawa sesiapa sahaja yang sedang didakwa wajar melepaskan jawatannya. Malah menurut Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO, individu tersebut wajar berehat sehingga kesnya selesai.

Perlukah timbulkan persoalan dan perdebatan tentang siapa yang bakal menerajui parti apabila UMNO dan BN bakal menghadapi pilihanraya umum ke 15 kelak?

Dayung emas sudah di tangan, tunjukkanlah kepada rakyat betapa UMNO dan BN adalah sebuah parti yang sudah cukup matang untuk menguruskan negara dan rakyat. Kenapa perlu wujud kesangsian terhadap Perdana Menteri yang datangnya dari UMNO di kala ini?

Siapa lagi yang perlu UMNO tonjolkan untuk mengemudi ahli dan jentera bagi menghadapi pilihanraya yang bakal menentukan hidup matinya UMNO dan BN setelah kalah teruk di PRU ke 14 yang lalu?

Inilah masanya semua kepimpinan utama meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi demi survival UMNO dan BN.

Kalau Ismail Sabri tidak layak sebagai pemgemudi, kenapa UMNO mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri malah nama beliau turut dipersetujui oleh parti-parti politik yang lain walaupun berlainan idealogi.

Setidaknya, berilah ruang dan peluang kepada Ismail Sabri sebagai Pengerusi BN, sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri supaya memudahkan beliau mengatur langkah yang sebaiknya untuk memastikan BN menang bergaya di PRU ke 15 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *