MUNGKIN Muhyiddin tahu bahawa SPRM, SPR dan PDRM sedang menunggu kepulangannya dari London.
Beberapa petisyen pilihanraya umum ke-15 yang lalu mula di buat dari seluruh negara dan kesemuanya mengenai rasuah pengundi. Setiap petisyen disertakan dengan bukti bergambar, rakaman video dan ada kes di mana ada pelaku yang sedang memberi wang dan menerima duit rasuah ditangkap.
Muhyiddin dikatakan individu utama termasuk di dalam senarai siasatan termasuk kes perbelanjaan duit rakyat berjumlah RM92.5 bilion. Wang rakyat ini dikeluarkan ketika darurat diistiharkan. Pada mulanya Muhyiddin dengan bangga mengumumkan bahawa kerajaan tebuk atap beliau ‘meluluskan’ dana sebegitu besar iaitu lebih dari RM600 bilion tetapi setelah diasak dan terdedah bahawa sebahagian besar jumlah tersebut adalah dari Pakej Moratorim Bank dan wang KWSP milik rakyat sendiri, Muhyiddin mula mengaku jumlah sebenar kononnya pakej rangsangan yang beliau dan kerajaan tebuk atap keluarkan.
Dan apabila sepupu kepada menantunya disiasat dan ditangkap oleh SPRM, Muhyiddin dan menantunya mengambil jalan menyepikan diri dan terus ke London kononnya bercuti Bersama keluarga.
Tahun 2023 baru sahaja memasuki minggu ke dua, Muhyiddin tidak bekerjakah? Bukankah Muhyiddin adalah ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat kawasannya?
Timbul juga persoalan, apa terjadi dengan suspek jenayah rasuah yang ditahan reman oleh SPRM? Sudah bebaskah beliau? Kita tahu media perdana kebanyakannya pro Muhyiddin maka berita hot tentang suspek jenayah rasuah tersebut tidak disiarkan termasuk siaran televisyen.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil juga di dalam status terbaharunya di laman facebooknya menyeru Muhyiddin pulang segera ke Malaysia.
“Tan Sri Muhyiddin, sudah pulang dari London atau belum? Pulanglah. Sudah lama sangat di luar negeri. Pulang dan jawab berkenaan RM92.5 billion. Dan jawab tuduhan rasuah pengundi PN Best. Serta berkenaan best rasuah direct nego RM berbillion. Rakyat menunggu dan ingin tahu. Mungkin SPRM dan PDRM juga menunggu. Mahkamah juga menunggu. Saksi-saksi juga menunggu. Salam.”