UMNO mempunyai sejarah perjalanan yang panjang dan penuh warna-warni.
Sukar untuk mengatakan sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat oleh UMNO samada di peringkat pengurusan termasuk di perhimpunan agung parti adalah sesuatu yang baharu dan ianya pertama kali kerana setiap keputusan yang diambil dirujuk kepada perlembagaan dan boleh dibuktikan dengan sejarah tindakan atau keputusan.
Jangan buat-buat tidak nampak atau tidak tahu tentang ‘precedent’ ini. UMNO sentiasa ada rujukan kes terdahulu.
Mengemukakan usul tambahan termasuk usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan bukanlah suatu tindakan yang baharu.
Peristiwa terdahulu:
Tahun 1996 – Mahathir dan Anwar, usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden lulus untuk tidak dipertandingkan walaupun pada mulanya bermula dengan perwakilan hanya mengusulkan jawatan Presiden tidak dipertandingkan.
Tahun 2001 – Mahathir dan Pak Lah(Pak Lah, mertua Khairy Jamaluddin), usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, usul lulus.
Tahun 2017 – Najib dan Zahid Hamidi, usul tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden lulus. Usul dari wakil pemuda, Datuk Shapri , usul tambahan dan ianya lulus.
Tahun 2023 (PAU22) – Zahid Hamidi dan Muhammad Hassan, usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan lulus
Kesimpulannya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan adalah bukan suatu hal yang baharu di dalam UMNO.
KJ sendiri pernah berada di dalam dewan ketika isu sebegini dibawa oleh wakil pemuda. Kenapa sekarang melenting?
Dan keputusan jawatan tersebut bertanding atau tidak adalah bukan keputusan Presiden dan bukan juga keputusan Majlis Kerja Tertinggi tetapi hasil daripada keputusan perwakilan dengan menggunakan kaedah pengundian.
KJ, Ismail, Hisham dan lain-lainnya bukan tidak tahu malah turut ada di dalam peristiwa yang berlaku. Kenapa cuba timbulkan polemik? Kenapa cuba mengelirukan perwakilan yang baru di dalam UMNO?
Perwakilan yang membuat keputusan dan setelah keputusan dicapai maka semua pihak perlu kembali bertaut dan bukannya mengheret isu ini menjadi punca sengketa.
Masih jauh lagi perjalanan UMNO dan kehendak dan kegilaan KJ, Hishamuddin serta Ismail bukanlah agenda utama parti.