January 9, 2025

Taska di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat yang dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan diarahkan tutup, kelmarin.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim, berkata pihaknya mendapat makluman mengenai insiden berkenaan daripada polis Ahad lalu.

“JKM kemudiannya hadir ke taska berkenaan pada Isnin dan mengarahkan taska tutup operasi mulai Selasa,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska di Bandar Saujana Putra di Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi, dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.29 petang daripada seorang doktor sebuah klinik dengan bayi itu dibawa seorang pengasuh taska dalam keadaan pucat kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi serta nafas selain tiada pergerakan anak mata bila disuluh lampu.

Katanya, siasatan juga mendapati taska berkenaan tidak berlesen dan dalam proses permohonan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *