January 9, 2025

Gambar hiasan

KUCHING: Polis menahan tiga wanita terdiri daripada pemilik taman asuhan kanak-kanak di bandar raya ini dan dua penjaga premis itu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz, berkata ketiga-tiganya kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas penahanan dilakukan pada 7 malam tadi.

“Tangkapan dibuat susulan polis menerima laporan daripada ibu bayi terbabit pada 9.30 malam Selasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan ibu mangsa, bayi berusia lapan bulan itu didapati mempunyai bekas gigitan pada bahagian belakang badan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *