Kuala Lumpur: “Sampai hati buat cerita begini kepada Sajat.”
Demikian tulis pempengaruh, Nur Sajat, 40, di Instagramnya, mengulas mengenai tindakan seorang pengguna Facebook yang menulis mengenai kematian individu bernama ‘Sajjad’ yang dilanggar kenderaan jenis SUV.
Dalam hantaran itu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman meluahkan kekecewaannya kerana ini bukan kali pertama perkara ini berlaku.
“Mentang-mentanglah Sajat jarang buat ‘live’, kamu semua mudah buat cerita bukan-bukan kepada Sajat.
“Bukan pertama kali jadi begini, tetapi tahun lepas pun keluar cerita yang sama juga. Apa muslihat ‘page’ ini ya? Tak sudah-sudah,” tulisnya.
Hantaran Sajat itu dihujani pelbagai komen daripada netizen yang mendoakan kesejahteraannya dan bersimpati dengan fitnah dilemparkan terhadapnya.