January 7, 2025

Jerantut: Seorang remaja lelaki, Azri Fahmi, 14 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pahang selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti memancing bersama dua orang rakannya di Kampung Jerantut Feri dekat sini.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua orang rakannya sedang melakukan aktiviti memancing di rumah rakit sebelum terjatuh dan dihanyutkan arus deras.

Menurutnya, Balai Bomba Penyelamat (BPP) Jerantut menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 petang hari ini.

“Seramai lapan orang anggota BBP Jerantut bersama dua jentera dan bot aluminium bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira sejauh 15 kilometer dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Komander operasi, Shuaimi Muhammad melaporkan anggota bomba melakukan penugasan mencari dan menyelamat di permukaan air (surface water rescue) dengan menggunakan bot penduduk kampung sejauh kira-kira 1.5 kilometer,” katanya.

Katanya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin, Temerloh telah dipanggil untuk membantu pencarian mangsa. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *