January 7, 2025

Alor Setar: Hujan lebat yang melanda lebih dua jam sejak petang tadi menyebabkan Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini dinaiki air.

Tinjauan mendapati, laluan jalan di kawasan itu dipenuhi air yang melimpah di atas jalan menyebabkan kenderaan terpaksa memperlahankan kenderaan.

Selain itu, laluan masuk ke Taman Uda, Jalan Sultanah dan beberapa stesen minyak turut dinaiki air akibat hujan lebat.

Peniaga kedai makan, Aishah Ismail, ,45, berkata, air naik di hadapan kedai makannya di Taman Wira, Mergong tetapi hanya melintas di atas jalan.

Katanya, kawasan itu kerap dinaiki air sekiranya hujan lebat tetapi akan surut semula tidak lama kemudian.

“Sekarang pun masih hujan tetapi air biasanya surut perlahan-lahan selepas hujan reda,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Penduduk Taman Wira, Ishak Ahmad, 55, berkata, hujan lebat melanda sejak jam 7 petang tadi menyebabkan longkang dipenuhi air yang kemudian melimpah ke atas jalan.

Katanya, keadaan itu tidak membimbangkan kerana biasanya air akan surut tidak lama kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *