January 6, 2025

Perkongsian pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira dalam media sosial menarik perhatian ramai.

Ucapan khas dibuat Erra di Instagram itu seperti ditujukan kepada seseorang istimewa yang tidak didedahkan identitinya.

Dalam hantaran di Instagram Story (IGs), Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek membuat ucapan ulang tahun kelahiran buat insan disifatkannya sebagai mendamaikan.

“Selamat ulang tahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat,” tulisnya.

Selain itu, Erra menggunakan lagu latar berjudul Semoga Abadi yang dipopularkan Misha Omar dalam hantaran terbabit.

Terdahulu, Erra pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi, Shahir Zawawi, namun bintang program realiti nyanyian itu kini sudah berkahwin.

Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 16 tahun. Erra dan Engku Emran bercerai pada 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *