December 22, 2024

Bahagian 2

Saya tidak yakin bahawa apa yang berlaku(keputusan) di dalam pentadbiran dan pengurusan UMNO datangnya dari DS Zahid sendiri kerana saya lebih mengenali sifat abang saya yang selama ini begitu toleransi, kata Dato’ Hakim Hamidi apabila dihubungi oleh MalaysiaHot semalam berhubung dengan keputusan beliau keluar dari UMNO dan menyertai PAS.

Menurut Dato’ Hakim Hamidi, apa yang berlaku di dalam UMNO seolah-olah Zahid sedang ‘dikuasai’ atau dipengaruhi oleh kumpulan manusia yang mempunyai kepentingan peribadi dengan mempergunakan Zahid dan UMNO. Kumpulan ini ‘kaki kipas dan jilat’, mereka tidak pernah mempertahankan Zahid ketika beliau diserang dan dihina sebaliknya hanya membiarkan Zahid keseorangan menangani isu yang melanda dirinya dan UMNO.

Mereka adalah pegawai-pegawai penting yang berjaya melobi Zahid untuk berada di jawatan masing-masing dan apa yang berlaku adalah kumpulan ini sedang memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam UMNO dengan ‘menunggang’ jawatan yang mereka perolehi dari Zahid. Tentang mengumpul kemewahan, saya serahkan kepada seluruh ahli UMNO untuk menilaikan sendiri mereka yang berada di sekeliling Zahid.

Saya tidak kecewa cuma berharap abang saya(DS Zahid) sedar bahawa beliau sebenarnya semakin jauh dari  ahli UMNO yang setia dengan parti dan sentiasa mempertahankan institusi kepresidenan parti.

Anda boleh lihat bagaimana seseorang yang cuba menegur dengan niat baik untuk memperbaiki UMNO akan dilabelkan sebagai pengkhianat dan akhirnya dipecat tanpa adanya usaha perbincangan untuk memulihkan hubungan atau merungkaikan isu yang di ketengahkan. Berapa ramai individu yang boleh dianggap aset parti telah dipecat. Yang peliknya, ada juga individu yang dipecat kerana menyerang Presiden parti siang dan malam tetapi setelah individu tersebut menjilat segala ludahnya, beliau mendapat tempat dan jawatan penting di dalam UMNO termasuk diberi tempat penting di GLC kerajaan pusat. 

Ahli yang setia dan tidak pernah menyerang Presiden tidak sedikit pun mendapat perhatian Zahid. Anda rasa kesemua yang tersebut adalah tindakan dari Zahid sendiri atau ada penasihat atau pembodek yang sedang mengatur keputusan Presiden, kata Dato’ Hakim lagi.

Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa PAS dan UMNO ini sama tetapi tidak serupa. Bezanya, di dalam Pas, ruang menegur untuk kebaikan terbuka luas dengan saluran yang berstruktur. Jika anda perhatikan betapa kepimpinan Pas juga mempunyai pergeseran pandangan atas sesuatu isu tetapi tidak pernah merebak sehingga mencalarkan imej parti. PAS mempunyai sistem pengurusan isu sebegini dan inilah antara maksud saya tentang “sama tetapi tidak serupa” antara PAS dan UMNO.

Indahnya cara Islam yang diamalkan oleh PAS kerana mereka meletakkan Islam di hadapan tanpa wujud kepentingan diri. UMNO? mereka lebih meletakkan kepentingan perut mereka mengatasi kepentingan parti dan sesiapa yang cuba menegur bakal berhadapan dengan kehilangan jawatan serta dipecat keahlian UMNO.

Saya bersimpati dengan abang saya kata Dato’ Hakim lagi.

(Bersambung)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *