October 7, 2024

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 7Oktober 2024 bersamaan 4 Rabiulakhir 1446H telah mengadakan perbincangan dan memperincikan beberapa isu sebagaimana berikut:


UMNO mengucapkan penghargaan kepada pengundi DUN M a k o t a atas kepercayaan yang diberikan kepada Barisan Nasional untuk memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang amat besar dalam Pilihan Raya Kecil baru berlalu.

UMNO merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti Kerajaan Perpaduan Malaysia termasuk rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional, Friends of BN dan Pakatan Harapan yang bekerja kuat sebagai satu pasukan hingga berjaya meyakinkan pengundi di DUN Mankota.

Mesyuarat menegaskan bahawa kemenangan ini tidak harus menjadikan UMNO angkuh dan bongkak, sebaliknya memastikan mandat yang diberikan rakyat dilaksanakan sebaik mungkin dengan penuh tawaduk dan beramanah.
Kemenangan di DUN Mahkota juga memberikan isyarat jelas bahawa rakyat nenerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia berteraskan prinsip kesederhanaan, toleransi, tidak ekstrem dalam memainkan sentimen agama mahupun bangsa yang boleh memudaratkan keharmonian rakyat berbilang kaum.

Mesyuarat bersetuju untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja bersama di kalangan parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia sebagai satu manifestasi keseriusan dan komitmen UMNO bagi memastikan kelangsungan kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Ahli UMNO di semua peringkat diminta untuk berada p a d a tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi membantu rakyat tanpa mengira ideologi parti mahupun kaum sebagaimana tradisi UMNO sejak dahul dalam menghadapi sebarang musibah bencana alam khususnya musim tengkujuh yang mendatan


DR ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI

7 OKTOBER 2024

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *