December 22, 2024
Mark Zuckerberg

CEO Meta, Mark Zuckerberg - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg telah mengatasi Jeff Bezos sebagai manusia kedua paling kaya di dunia.

Nilai bersih Zuckerberg mencecah AS$206.2 bilion semalam, demikian menurut Bloomberg Billionaires Index, mengatasi nilai bersih AS$205.1 bilion Bezos, bekas CEO dan Presiden Amazon. 

Pengasas bersama Facebook itu kini mengekori CEO Tesla, Elon Musk dengan kira-kira $50 bilion, demikian menurut indeks itu.

Dengan 13 peratus pegangannya dalam Meta, nilai bersih Zuckerberg telah meningkat sebanyak AS$78 bilion sejak awal tahun ini, iaitu lebih daripada mana-mana ahli daripada 500 orang terkaya yang dijejaki oleh Bloomberg Billionaires Index.

Saham Meta ditutup pada rekod tertinggi semalam pada AS$582.77, melonjak kira-kira 68 peratus dari awal Januari apabila sahamnya didagangkan pada AS$346.29.

Kenaikan Zuckerberg ke tempat kedua dalam indeks itu menggariskan bagaimana kekayaan peribadinya telah berkembang di samping minat yang ditunjukkan pelabur terhadap peningkatan keuntungan gergasi media sosial itu pada tahun ini.

Syarikat itu secara konsisten melaporkan pendapatan suku tahunan yang melepasi anggaran penganalisis. 

Pada Julai lalu, Meta mengumumkan bahawa jualan suku keduanya meningkat 22 peratus kepada $39.07 bilion, menandakan pertumbuhan pendapatan suku keempat berturut-turut melebihi 20 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *