October 8, 2024

KEJADIAN kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang dekat sini. FOTO Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Lima orang termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan oleh pasukan bomba susulan kejadian kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 9.05 malam tadi.

Katanya, sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dihantar ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan lima mangsa iaitu tiga lelaki dan masing-masing seorang wanita serta kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai akibat kepala air.

“Pasukan menggunakan peralatan tangga untuk membantu mangsa menyeberangi sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kelima-lima mangsa dapat diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *