October 8, 2024

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan bekas pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang mendakwa dijadikan ‘buruh paksa’ kumpulan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan itu muncul susulan gesaan beliau supaya mangsa yang pernah dieksplotasi kumpulan itu tampil membuat laporan polis.

“Tarikh kejadian (dijadikan bruh paksa) berlaku dari 2013 hingga tahun ini.

“Mangsa yang terbabit pada tarikh kejadian berusia lingkungan 14 hingga 20-an. Lokasi kejadian berlaku di Miri, Sarawak; Rawang, Selangor dan Alor Setar, Kedah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu akhbar ini secara eksklusif mendedahkan pengakuan bekas pengikut GISBH yang tidak dibayar gaji, tiada caruman wang simpanan dan hanya disediakan tempat tinggal serta makan minum untuk keluarga.

Syarikat berkenaan didakwa memperoleh pendapatan bulanan dianggarkan lebih RM2 juta setiap bulan hasil ‘bayaran mahar’ daripada zon yang dibahagikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *