October 8, 2024

Melihat kepada perkembangan terkini ‘OP Global’ yang dilaksanakan oleh pihak PDRM, sudah ada pihak yang melancarkan petisyen agar gelaran Darjah Pangkuan Seri Melaka(D.P.S.M) yang diberikan kepada Pengerusi Eksekutif yang juga CEO GISBH, Nasiruddin Mohd Ali ditarik balik.

Menurut sumber, di Melaka, pihak polis membuat serbuan di lebih 15 premis milik rangkaian Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di tiga daerah negeri ini.

Kerajaan negeri juga dalam proses untuk mewartakan ajaran dan amalan dalam GISBH sebagai sesat.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata perkara terbabit masih di peringkat kajian dan penelitian oleh pihak berkuasa agama bersama polis sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipengerusikan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

“Segala maklumat mengenai ajaran membabitkan GISBH sedang diteliti dan insya-Allah keputusan mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat,”.

Ini adalah pautan untuk rakyat Melaka menyatakan sokongan melalui petisyen:-
https://www.change.org/p/tarik-semula-anugerah-darjah-seri-pangkuan-melaka-pengerusi-gisbh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *