November 23, 2024

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan menafikan Dr Muhamad Akmal Saleh diminta untuk tidak menyertai kempen ekoran isu pensijilan halal.

Menurut Ahmad, pertembungan antara ketua Pemuda Umno itu dengan pemimpin DAP Teresa Kok adalah isu peribadi antara kedua-duanya dan tidak melibatkan parti.

“Ini pertembungan antara dua peribadi, bukan antara dua parti. Saya melihatnya begitu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di acara Pesta Tanglung di di Persatuan Memperbaiki Akhlak Che Luan Khor di Kluang, Johor malam ini.

Terdahulu, Free Malaysia Today memetik sumber dalaman Umno sebagai berkata, peranan Akmal dalam PRK Mahkota dikurangkan bagi mengelakkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengundi Cina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *