December 22, 2024

Fatima buat ucapan istimewa sempena ulang tahun Fattah ke- 34 menerusi video dimuat naik dalam Instagram, hari ini. - Foto IG Fattzuralovelife

KUALA LUMPUR: “Happy birthday Daddy, i love you.’

Demikian ucapan istimewa dibuat oleh anak pasangan popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya, 4, sempena ulang tahun Fattah ke- 34, hari ini menerusi video dimuat naik dalam Instagram yang dikhususkan perkongsian mengenai kehidupan tiga beranak itu, iaitu @fattzuralovelife.

Lebih istimewa, anak tunggal kepada pasangan itu turut memberikan kucupan buat Fattah di penghujung video.

Dipercayai, video berkenaan dirakamkan Fazura apabila suaranya meminta anaknya melakukan ‘flying kiss’ turut kedengaran.

“Muah, flying kiss,” kata Fazura menerusi video tersebut. 

Meninjau ruangan komen hantaran itu, ramai yang meluahkan perasaan sedih susulan kemelut rumah tangga Fattah dan Fazura, apatah lagi gambar Fattah dan Fatima yang dimuat naik menyentuh hati ramai.

Ada pengikut akaun menasihatkan Fattah, Fazura dan Fatima pergi bercuti dan meluangkan masa bersama.

“Pergi travel bertiga Kak Faz, hanya bertiga tanpa perlu bawa orang luar, luangkan masa bersama, ada baca Fattah cakap dia sayang. Moga Allah pelihara hubungan kalian. 

“Aku tak pernah komen artis-artis nak cerai ini lantaklah tapi pasal kalian agak touching. Sebab aku follow Kak Faz dah lama gila,” katanya.

Tidak kurang juga pengikut mendoakan Fattah dan Fazura memaafkan antara satu sama lain untuk memperbaiki hubungan. 

“Saya tahu Faz sangat sayangkan Fattan. Di dalam ikatan suami isteri tidak perlu ada ego antara satu sama lain, sangat membazir hati perasaan, apatah lagi masa. Tolong buangkan demi hati antara satu sama. 

“Tiada ikatan yang sempurna, pasti ada pasang surutnya. Setiap orang melakukan kesilapan. Terus berjalan ke hadapan,” katanya. 

Semalam, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Fattah dan Fazura berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *