December 22, 2024

MUKTAMAR PEMUDA PAS l Presiden PAS Abdul Hadi Awang membidas pemimpin Melayu-Islam dalam kerajaan perpaduan kerana tidak berupaya menangani rakan-rakan pimpinan bukan Islam.

Keadaan itu katanya menyebabkan pemimpin bukan Islam ‘naik kepala’.

“Ini menunjukkan betapa kerajaan perpaduan yang dikuasai oleh Umno yang Melayu-Islam, PKR ada Melayu- Islam dan Amanah ada Melayu Islam, tak boleh menguasai keadaan, tak berwibawa.

“(Mereka) tak mampu nak menangani rakan-rakan orang bukan Islam, orang bukan Islam naik kepala dengan begitu rupa. Ini satu pendekatan yang sangat lemah,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Muktamar Pemuda PAS ke-65 di Kerdau, Temerloh, hari ini.

Abdul Hadi berkata dia menasihatkan rakan-rakan yang masih bersekongkol dengan kerajaan yang tiada keupayaan.

Tambahnya walaupun duduk dalam kerajaan, orang Islam dalam kerajaan itu tak ada keupayaan menyebabkan Islam tiada dan tiada kehebatan.

“Sehingga kita saksikan berlakunya isu-isu yang sangat mendukacitakan. Isu-isu orang bukan Islam berani bercakap attack Islam, berani bercakap perkara orang Islam. Yang mutakhir ialah isu murtad, halal dan haram.

“Ini hak orang Islam diganggu, padahal ini hak orang Islam. Orang Islam ada hak untuk menentukan halal dan haram.

“Halal dan haram ini penting bagi orang Islam, untuk jaga rohnya, jaga diri dia, jaga iman, jaga hubungan dengan Allah. Tak ada kena mengena dengan orang bukan Islam,” tegasnya merujuk kontroversi membabitkan Ahli Parlimen DAP Teresa Kok berkait isu pensijilan halal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *