September 19, 2024

JOHOR BAHRU: Polis menafikan dakwaan cubaan culik di hadapan sebuah sekolah menengah di Kempas di sini, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata video tular di laman Facebook berkait saranan awasi anak-anak berikutan kehadiran suspek di kawasan itu juga telah dipadam. 

Polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berhubung kejadian pada 2 September lalu, jam 8.26 malam memaklumkan ia adalah salah faham.

“Siasatan telah dijalankan dan didapati berlaku salah faham dalam kejadian itu. Pengadu telah membuat laporan menyatakan telah selesaikan salah faham akibat kekeliruan kedua-dua pihak.

Tidak ada sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut. Polis menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak betul atau spekulasi berhubung sesuatu kejadian di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *