September 19, 2024

Penolong Pengarah Pilihan Raya Johor, Noraein Bachok. NSTP/OMAR AHMAD

JOHOR BAHRU: Hanya satu set borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, dibeli setakat semalam.

Penolong Pengarah Pilihan Raya Johor, Noraein Bachok, ketika ditemui selepas taklimat kepada petugas media, di sini hari ini, memaklumkan borang berkenaan dibeli orang persendirian.

“Setakat semalam, hanya satu borang telah dijual di Majlis Perbandaran Kluang (MPK), seorang sahaja. Siapa yang berkehendak boleh membeli borang calon di MPK.

“Setakat ini borang dibeli oleh orang persendirian, di peringkat parti, kami belum dapat maklumat. Tarikh akhir beli borang pada 14 September, sebelum jam 10 pagi,” katanya.

SPR menetapkan hari pengundian PRK DUN Mahkota pada 28 September ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal pula, masing-masing pada 14 dan 24 September.

Ia diadakan susulan kematian penyandang kerusi, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 dan bekas bekas Ketua Wanita UMNO Johor, menang kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022. Sebelum itu, Allahyarham adalah ADUN Penawar dari 2018 hingga 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *