September 19, 2024

Sampah dibuang di tepi jalan mencacatkan pemandangan pengunjung ke Kampung Bumiputera Dalam di Rengit. (Gambar

PETALING JAYA: Adun Rengit Puad Zarkashi mempersoalkan status projek kemudahan awam di Kampung Bumiputera Dalam, Johor yang belum dilaksanakan selepas dua tahun diluluskan.

Beliau berkata peruntukan dan tapak projek melibatkan pembinaan tandas baharu, lampu limpah serta rumah sampah di kompleks perniagaan perabot terpakai kawasan itu sudah diluluskan serta dikenal pasti.

Tetapi, belum ada tindakan. Macam menunggu buah tak gugur. Sudah dua tahun berlalu, tidak dilaksana juga, kata pemimpin Umno itu dalam catatan Facebook.

Kampung Bumiputera adalah penempatan masyarakat Orang Asli Rengit. Beliau turut memuat naik beberapa gambar keadaan terkini tapak lokasi projek itu.

Kampung Bumiputera dikunjungi ramai orang luar untuk membeli perabot terpakai dari Singapura. Mereka mengadu tiada tandas awam. Malam agak gelap untuk mereka membeli-belah.

Puad berkata, tanpa kemudahan baharu itu, sampah dibuang di tepi jalan mencacatkan pemandangan pengunjung yang datang membeli perabot terpakai dari Singapura.

Beliau turut mencadangkan pembinaan sebuah rumah bagi keluarga miskin Marliana Bahari yang terpaksa menumpang di kedai perabot dan barangan terpakai kampung berkenaan.

Marliana yang dipercayai ialah Orang Asli Rengit menumpang di premis itu bersama lima anaknya tanpa bilik khas dan tilam. Empat daripadanya masih bersekolah.

Alasannya IC (kad pengenalan) dia tidak didaftar status Orang Asli. Dah tahu dia Orang Asli, daftarkanlah semula sebagai Orang Asli. Pastinya keluarga ini terus hidup menumpang atas alasan birokrasi.

Puad merayu pihak prihatin menyumbang dana untuk membina sebuah rumah bagi keluarga itu.

Dapat pondok kecil RM30,000 sudah memadai.

Dakwanya, perkara itu dibangkitkan banyak kali dalam mesyuarat tindakan daerah Batu Pahat, malah Exco Kemajuan Luar Bandar Johor, Zahari Sarip turut melawat tapak itu 11 Jun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *