September 19, 2024

OPERASI SAR di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini bersiap sedia untuk meneruskan operasi mencari mangsa. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Indah Water Konsortium (IWK) menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Isnin lalu, bukan berpunca daripada paip pembentungan syarikat itu. 

Menurut IWK semalam, pasukan operasinya sudah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan lancar seperti biasa.

“Pemeriksaan lanjut telah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda kerosakan dikenal pasti,” menurut kenyataan itu tadi.

Syarikat itu berpendapat kejadian itu berlaku disebabkan oleh punca lain yang memerlukan penyiasatan terperinci oleh agensi berkaitan.

DBKL dalam hantaran di laman Facebook pada Selasa memaklumkan kejadian longkang runtuh itu mengakibatkan lubang besar di Kampung Kerinchi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *