December 22, 2024

PETALING JAYA: Pasukan media penceramah bebas, Azhar Idrus menjelaskan ‘kehilangan’ laman Facebook ‘Ustaz Azhar Idrus’ semalam berpunca daripada masalah teknikal dan tiada kaitan dengan pihak ketiga.

Dalam satu kenyataan, pasukan media penceramah popular itu berkata laman Facebook rasmi Azhar itu kembali boleh diakses pengguna pada jam 10.40 malam semalam.

“Kami ingin menjelaskan masalah yang berlaku adalah sepenuhnya disebabkan oleh isu teknikal dan tiada kaitan dengan pihak ketiga.

Kami berharap agar semua pihak dapat menghentikan segala spekulasi dan perspektif yang tidak tepat, kata kenyataan itu.

Semalam, laman Facebook rasmi Azhar yang mempunyai kira-kira 2.6 juta pengikut didakwa ‘hilang’ sehingga mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.

Beberapa pihak juga menuduh kerajaan bertanggungjawab atas ‘kehilangan’ laman Facebook penceramah popular tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *