September 19, 2024

KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marrisa Dania Hakim memohon agar berhenti menyebarkan khabar angin yang boleh mengundang fitnah.

Model muslimah itu memuat naik hantaran dalam Instagram Story (IGs) selepas berdiam diri dan bersalin, baru-baru ini.

“Berhentilah menyebarkan khabar angin yang boleh membawa kepada fitnah dengan andaian dan perkataan.

“Berhati-hatilah ketika berkata-kata dan berfikir. Bersyukurlah aib kita masih Allah jaga,” tulisnya.

Baru-baru ini, Marrisa dan suaminya, Aslam menerima kecaman hebat ekoran merahsiakan berita kematian bayi dalam kandungan berusia enam bulan daripada pengetahuan ibunya, Abby Abadi.

Abby memaklumkan kepada media, dia tidak tahu menahu berita anaknya mengalami keguguran menyebabkan Marissa dan Aslam teruk dikecam netizen.

Marissa kemudian dilihat meninggalkan komen pada hantaran dibuat ibunya bertanya kenapa tidak membalas WhatsApp.

Pada Sabtu lalu, Aslam mengesahkan anak sulung bersama Marissa meninggal dunia selepas dilahirkan.

Aslam turut memaklumkan sudah memberitahu berita sedih itu kepada bapa mentuanya, Norman Hakim.

Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *