September 19, 2024

PENYELAM penyelam TLDM meninggal dunia ketika operasi salvaj KD Pendekar. FOTO Bernama

Johor Bahru: Beberapa individu dipercayai ahli keluarga anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar dilihat berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, sejak petang hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa pegawai dan anggota serta ambulans TLDM turut berada di pekarangan jabatan itu namun difahamkan proses bedah siasat akan bermula esok.

Sementara itu, Mohd Nor Shafiq Abdul Rahman, 26, berkata jasad bapa saudaranya Arman San Hermansa, 28, mungkin dikebumikan di kampung halaman beliau iaitu di Lahad Datu, Sabah.

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan berhubung kematian mangsa dalam operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai kapal KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Johor.

KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan itu selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *