September 19, 2024

Ipoh: Suspek yang disyaki membunuh kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di Sungai Siput minggu lalu, disambung reman enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, tempoh reman remaja lelaki berusia 17 tahun itu yang sepatutnya berakhir hari ini, tetapi disambung semula.

“Reman suspek disambung sehingga 30 Ogos,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, suspek yang juga mempunyai pertalian darah dengan mangsa direman tujuh hari bermula 19 Ogos lalu sehingga hari ini bagi membantu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana membunuh.

Sabtu minggu lalu, mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah jam 4.20 petang, hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat sehari sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *