September 19, 2024

Dilabel lebih teruk daripada Dajal, Umno hari ini memberi reaksi terhadap dakwaan dilemparkan musuh politik mereka semalam.

Dalam dewan persidangan hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada hakikatnya yang bersifat dajal ialah PAS sendiri.

“Yang dajal tu diorang (PAS),” katanya.

Semalam Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan Umno sebuah parti rosak dan meneruskan agenda kebendaan bagi menegakkan kerajaan.

“Ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada Dajjal,” kata Abdul Hadi.

Dia yang juga bekas duta khas bertaraf menteri mendakwa Umno – bersama PH sebagai kerajaan – “membeli rakyat dengan wang dan kebendaan” untuk mengawal negara.

Abdul Hadi juga mendakwa kerajaan menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan yang “diwajibkan mengikut agama dan amalan demokrasi”.

“Sedangkan mereka telah mengambil cukai daripada semua rakyat, termasuk pembangkang.

Maka, terbukti mereka lebih daripada Dajjal yang tidak memungut cukai,” dakwa Abdul Hadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *